Monday 30 May 2016

my dear Addina Faqihah

Hai hai...Assalamualaikum.w.b.t

Lama noo tak menaip kat sini.. hairan jugak rasa macam baru ja update..
Cepat betul masa berlalu. Dah setahun rupanya aku tak menaip kat sini.
hurmmm.. Nasib baik emel akaun ni aktif..kalau tak memang berkuboq la jawabnya
sebab ada blog lepaih2 lupa passwordnya.. hadei.. udah laaa banyak kisah silam yang
dah dilupakan dok ada lagi tanpa sempat dipadam.

Oklah, untuk entry kali ni aku nak kenalkan cik mek molek ratu hati aku yang kini dah berusia
8 bulan. Namanya Addina Faqihah. Aku sendiri yang bubuh atas persetujuan abahnya. huruf A dan F
kan...Wajib ada. Dilahirkan pada 14 September 2015.
nih hari ke-4 masa di wad. demam kuning. 

nih masa lepas pantang dah. 

suka muncung2 dari kecik sampai sekarang,.hehe



see...macam muka mama ke abahnya? Alhamdulillah sehingga usia 8 bulan ni Addina tidak banyak karenah.. pernah demam selsema sekali beberapa minggu lepas. Jarang merengek melainkan terlalu mengantuk. Fully breastfeeding sampai umur 6 bulan. Lepas boleh makan terpaksa sulam sebab mama sibuk sangat sampai tak sempat nak buat stok untuk dia. Tu pun dia memang tak suka sungguh susu lain selain susu badan. Apapun syukur ada rezeki untuk Addina sampai sekarang. Moga-moga sampai la dia umur 2 tahun nanti kan.

Nih gambar terkini. pandai dah senyum kalau kita talakan kamera henfon kat dia. :)


Ok lah sebelum tutup entry ni kawan2 doakanlah Addina Faqihah (agama, yang cerdik) menjadi insan yang berguna kepada agama , masyarakat dan negara serta dipelihara daripada sebarang kejahatan manusia mahupun jin.

Insya Allah.. amiinnn.. 


tata ~


Wednesday 20 May 2015

Hai saya dah kahwin!

Errr..

Lama tak hapdate.. bersawang dah..

Alhamdulillah..last entry mengenai hari bersejarah apabila menjadi tunangan orang.

Dan entry saat ini, dah enam bulan sah menjadi isteri kepada si dia.. Sedang menanti orang baru dalam hidup kami berdua..juga dah nak masuk enam bulan usia kandungan. Alhamdulillah..

Okay, aku cerita saat-saat kami diijabkabulkan  pada 29 November 2014..  Di Masjid Al-Firdaus, Kg Padang Besar (S). Mas kahwin, RM1200.00 dan sebentuk cincin. Aku tak tau pula sebelum ni kena mention pulak nilai cincin tuh kat tok kadi..dan perlu dicatatkan dalam surat nikah..





Akad nikah terus sambung majlis kenduri di rumah aku. memang tak tukar la bajunya.. pakai sepasang ja hari ini. Baju tu aku tempah dan sewa di Jitra. hehehe..dekat la sangat kan..



Cantik tak kitewww?? :p

Syukur ditemukan dengan dia yang bukan sahaja jadi suami tetapi jugak kawan baik berkongsi suka duka, driver serta bodyguard yang selalu di sisi..hehehe.. Hobi kami dua sama.. Suka berjalan. banyak duit habis sebab berjalan. Cuma lepas kahwin rancang nak honeymoon ke Bali. Cancel sebab disahkan mengandung pada awal Januari.. so bila kandungan kuat sikit, dalam 5 bulan camtu, suami bawak jalan-jalan di Langkawi dan Krabi. so dah tak jadi honeymoon, jadi babymoon... tq suami.. memahami dan layan karenah aku dengan sabar.. Mujur la mengandung ni tak ada alahan. cuma migrain ja kerap..kalau tak, memang pening la beliau nak jaga. Alhamdullillah Allah permudahkan segalanya.

Okeh, pada 30 November 2014, majlis di sebelah pihak suami. erm.. hari ini aku pilih warna royal blue+songket moden. Awal-awal suami kata macam tak kena ja dengan dia sebab warna biru terang  tak sesuai dengan kulit dia. Tapi lepas pakai dia kata ok pulak.


sesi outdoor di tengah pekan Kangar... hahaha ni idea aku la ni..nasib baik laki pun jenis selamber layan. ye la, semua mata memerhati.. malu kot.. dengan baju pengantin tengah2 pekan.. hahaha..
By the way, ni kenangan paling tak boleh lupa.. tq Faizal, fotografer UniMAP aka kawan baik aku since kerja media lagi..

Wednesday 3 September 2014

1 Sept 2014

Selamat Pagi dan Selamat Tengah hari..

hahaha...

Sambil mendengar lagu hindustan menerusi Youtube aku ternganga depan PC ni.. tengah memikir segala hal sambil cuba menyiapkan claim program-program sebelum ini. alahaiii... tak cukup resit pulak..

Depa ni tak nak claim ker.. karang lambat plak dapat bayaran.. 

Ohya, aku nak cerita sikit pasal 1 September yang baru berlalu.. hmm..hmm..

1 Sept 2014.. hari yang aku rasa buat hati aku berbunga-bunga dan seram sejuk.. 

Terketar-ketar masa bakal mak mentua sarung cincin ke jari manis aku yang memang manis tuh.. :p
Muka rasanya dah merah menyala sebab malu yang teramat-amat.. aku segan sangat-sangat.
Kalau ikut hati ni tak nak tunang-tunang. Nikah ja terus nanti.. Tapi demi kemahuan keluarga, so apa salahnya kan...

Ohya,1 Sept haritu secara rasmi aku jadi tunangan orang. SyukurAlhamdulillah.. Lepas tu sengal-sengal otak ini memikirkan fasa seterusnya dari segi persiapan. walaupun ada pengalaman mengenai hal ini tetapi aku banyak dah lupa.. er... so, apa aku nak buat ni???

Gemok tak jariku yang manis tu? takkk kann??? :)

nih tunang aku pilih bagi. Love you tunang :-)



Thursday 7 August 2014

SEBENARNYA



Sebenarnya aku tiada cara bagaimana nak solve this problem. Jika diikutkan hati, semua perkara nak dibuat tanpa perlu berfikir-fikir, janji seronok, bahagia.. Tapi bahagia kah?? Kalau setiap perkara dilakukan kerana terlalu mengikut hati dan perasaan semata tanpa memikirkan baik dan buruk.. 


I need to go to meeting.. Bye

Friday 18 July 2014

masih di opis

Selamat Petang..


Hai hai hai...

Aku masih di opis di saat orang lain sejak 4.45 dah chow balik.. uwaaaa...

Bigboss still ada discussion.. so just wait....and wait..

Aku?? Dok nganga depan pc.. alahai...dok cadang2 nak memasak..nampak gaya esok la jawabnya.. adeshh..

Baru dok feel nak masak apa2.. adeii asyik berbuka posa kat luar tak best :(

Tapi kalau x berbuka di luar nak buat camana dah memang tugasss kan uolss pun...

erm... :(

Thursday 3 July 2014

Ayam Golek Ramadan



Salam Jumaat dan Salam Ramadhan..

Err..bila sebut Ramadan ja mesti terbayang bazar Ramadan dan Teraweh kan kan kan..

Nak dijadikan cerita tahun ni, tah mimpi apa family aku dan si dia berpakat nak menjual ayam golek.

Asalnya, makcik aku yang duk di Behor Mali yang mula menjual di tepi jalan Kangar-Alor Star itu. So dikira macam cawangan la konon2nya.. finally, pada 2 Ramadhan lalu maka bermulalah bisnes depa anak beranak di Jalan Behor Pulai. Aku pakai singgah sat saja selepas tamat waktu bekerja.

Pada 2 Ramadhan tu tak ramai orang tahu lagi.. yela mula2 kan.. so, 15 ekor ayam yang dijual hanya laku 11 ekor.. yang lain sedekah kepada kawan2 terdekat habuan merasa kan..

Hari kedua, 10 ayam digolekkan dan dijual dan Alhamdulillah habis kesemuanya. Begitu juga hari ketiga dengan 12 ekor diikuti hari keempat yang semakin meningkat dengan 15 ekor ayam habis terjual. Alhamdullillah...  ohya, ayam ni dijual RM20 seekor dan RM10 sebelah.. Yummy.. (adeshh tetiba teringin di tengah2 rembang ni) :p


so sapa2 dok area kangaq ni, singgah2 la mai gerai family cek na.. betoi2 depan taman desa pulai yang rumah moden ala inggeris 3 tingkat. Tak jauh dari Anjung Keli..........................................................

Wednesday 25 June 2014

23 JUN

HAPPY BIRTHDAY TO ME.. :)

23 Jun lepas aku sudah genap 27 tahun... perghh masih terasa macam baru nak amek SPM dan berusia 17 tahun.. :P

Kalau dulu kurus susah badan nak naik, sekarang aku bahagia dengan metabolisme yang rendah.. err... berisi sikit... tapi tak apa la, masih disayangi dan dicintai.. hahahaha..

Beberapa hari sebelum hari besday, aku cakap kat si dia yang aku nak hadiah tahun ni. Siap merungut sebelum-sebelum ni tak penah dia bagi adiah.. (tapi aku sekadar melawak, tidak kisah pun kalau tak dapat). Sebab dia bukan lelaki romantik n jiwangs2.. so aku terima dia seadanya...

Tapi tengahari yang panas terik pada 23 jun, semasa aku nak pakai duit  tapi malas nak p draw, dia cakap dia bagi aku dulu duit.. so dia beriya nak hantar tengahhari tu jugak even aku cakap nanti lepas rehat.. so aku turun la tanpa mengesyaki apa2...

Aku tengok dia bersongkok kemudiannya turun dari keretanya dan membuka pintu sebelah penumpang. Aku terkejut sebab aku ternampak bunga. Dalam hati tertanya-tanya, nak bagi aku ke?? sebab masih  tak percaya, dia nehhh reti ka bagi-bagi bunga bagai?

Tapi dia masa tu macam kecemas.. dia bagi bunga kat aku then selongkar kereta dia. Aku berdiri tengah2 panas memerhati kelakuan dia dengan penuh tanda tanya.. "Orang cari cincin". er... aku pun terbayang cincin silver yg mungkin beli saja2 di shopping kompleks tu.. hurmmm ok lepas tu aku masuk kereta aku dan dia datang bagi bekas baldu berisi cincin emas... er... aku dengan malu2 kucing pun amek dan sarungkan kat jari.. "macam kenai ja rupa cincin ni," aku berkata dalam hati... lepas tu tergelak bila tengok dia berpeluh-peluh sebab cari cincin tu jatuh dalam kereta..

Dia cakap "ni bagi cincin ni dulu, nanti orang tua menyusul"... ermmm boleh camtu melamar? btw, aku tersenyum jugak la sorang2 dalam kereta dari jam 12 sampai jam 1 ptg..

oke, cincin tu aku dah pi tengok dan try dua hari sebelum tu dengan kawan aku di sebuah kedai emas di Arau..sebab kawan aku ajak pi tengok cincin.. katanya dia nak beli.. aku ni tanpa syak apa2, aku cakap kenan yang tu... pastu dia decide dia nak beli yang tu tapi esok dia akan datang sendiri beli sebab x bawak duit..rupa2nya itu plan depa utk bg aku try yang mana cincin aku berkenan... tapi sampai hari ini aku masih tak percaya dia sanggup buat semua tu untuk aku.. ok, jgn disangka air yang tenang x ada buaya.. :)

3 kuntum ros tanda I LOVE YOU katanya.. :p :p

p/s: sorry sebab aku tulis mcm aku bercakap.. sebenarnya aku taip kalot2..hehe