Monday 18 November 2013

MENTALITI

19 nov 2013...

22 nov ni genap 4 bulan aku bekerja di sektor awam.. sukar nak digambarkan apakah pengalaman
baru yang sangat berguna pada aku sehingga kini.. sebenarnya hidup  tak semuanya indah namun aku memilih positif perlu ada pada diri sendiri...

Berada di dalam organisasi yang rata-ratanya bangsa melayu ini memang ada yang menjengkelkan.. sebagai kakitangan baru aku antara yang menerima tempias.. mentaliti mereka yang sudah sebati dengan rasa kepentingan diri patut diutamakan menyebabkan ada yang kurang senang dengan kehadiran ahli keluarga baru dalam organisasi ini. Bukan aku seorang malah sesiapa saja. Mengapa?

Tahap  pemikiran ini sebenarnya sangat mencengkam sanubari mereka, menjadikan ia sebagai pegangan yang utuh buat sekalian yang sekian lama berkhidmat apatah lagi yang sudah ada di organisasi ini sejak awal penubuhan. Kekuatan mereka adalah pengalaman yang mereka miliki dan betapa besarnya jasa mereka pada organisasi ini sejak sekian lama berkhidmat menyebabkan kehadiran orang baru diibaratkan tidak perlu dan tidak berguna. Bukankah ini mentaliti yang tidak sihat? Mentaliti yang sihat adalah dengan hati terbuka jika berkhidmat selama mana pun jika niat kerana ALLAH s.w.t maka tidak perlu takut jika kehadiran orang baru itu datang untuk membantu atau melancarkan tugasan kita sedia ada.

Mentaliti sebegini seharusnya dikikis. Seharusnya setiap orang berfikiran terbuka. Memang aku nampak rasionalnya apabila setiap kakitangan yang agak lama kemudian ditukar-tukarkan ke daerah/negeri yang lain (bagi agensi kerajaan yang lain) bagi memperluaskan pemikiran dan minda.. Memang menyusahkan kerana perlu berpindah randah namun kita lihat fenomena ini sedikit sebanyak mengikis sentimen pemikiran golongan ini bahawa hidup ini perlu sentiasa terbuka dan bermuhasabah sentiasa...


Sesungguhnya jika manusia tidak nampak tugasan dan kerja-kerja kita lakukan, back to basic...dan berdoalah agar Allah memberi keberkatan di atas setiap usaha kita.. kerana Allah Maha Melihat.. dan pasti tercatat sudah pahala buat kita kerana kita bekerja ikhlas dalam mencari rezeki untuk keluarga dan diri sendiri... Bekerjalah dengan niat kerana ALLAH swt. Jangankan hanya update di facebook kita ikhlas bekerja tetapi dalam hati lain pula bicaranya.. di luar masih mengumpat, mempersoalkan, mempertikaikan orang lain bimbang kerja-kerja yang kita lakukan tidak nampak dek bos kita.. Kikiskanlah semua itu.. Dunia ini hanya sementara.