Wednesday 3 September 2014

1 Sept 2014

Selamat Pagi dan Selamat Tengah hari..

hahaha...

Sambil mendengar lagu hindustan menerusi Youtube aku ternganga depan PC ni.. tengah memikir segala hal sambil cuba menyiapkan claim program-program sebelum ini. alahaiii... tak cukup resit pulak..

Depa ni tak nak claim ker.. karang lambat plak dapat bayaran.. 

Ohya, aku nak cerita sikit pasal 1 September yang baru berlalu.. hmm..hmm..

1 Sept 2014.. hari yang aku rasa buat hati aku berbunga-bunga dan seram sejuk.. 

Terketar-ketar masa bakal mak mentua sarung cincin ke jari manis aku yang memang manis tuh.. :p
Muka rasanya dah merah menyala sebab malu yang teramat-amat.. aku segan sangat-sangat.
Kalau ikut hati ni tak nak tunang-tunang. Nikah ja terus nanti.. Tapi demi kemahuan keluarga, so apa salahnya kan...

Ohya,1 Sept haritu secara rasmi aku jadi tunangan orang. SyukurAlhamdulillah.. Lepas tu sengal-sengal otak ini memikirkan fasa seterusnya dari segi persiapan. walaupun ada pengalaman mengenai hal ini tetapi aku banyak dah lupa.. er... so, apa aku nak buat ni???

Gemok tak jariku yang manis tu? takkk kann??? :)

nih tunang aku pilih bagi. Love you tunang :-)



Thursday 7 August 2014

SEBENARNYA



Sebenarnya aku tiada cara bagaimana nak solve this problem. Jika diikutkan hati, semua perkara nak dibuat tanpa perlu berfikir-fikir, janji seronok, bahagia.. Tapi bahagia kah?? Kalau setiap perkara dilakukan kerana terlalu mengikut hati dan perasaan semata tanpa memikirkan baik dan buruk.. 


I need to go to meeting.. Bye

Friday 18 July 2014

masih di opis

Selamat Petang..


Hai hai hai...

Aku masih di opis di saat orang lain sejak 4.45 dah chow balik.. uwaaaa...

Bigboss still ada discussion.. so just wait....and wait..

Aku?? Dok nganga depan pc.. alahai...dok cadang2 nak memasak..nampak gaya esok la jawabnya.. adeshh..

Baru dok feel nak masak apa2.. adeii asyik berbuka posa kat luar tak best :(

Tapi kalau x berbuka di luar nak buat camana dah memang tugasss kan uolss pun...

erm... :(

Thursday 3 July 2014

Ayam Golek Ramadan



Salam Jumaat dan Salam Ramadhan..

Err..bila sebut Ramadan ja mesti terbayang bazar Ramadan dan Teraweh kan kan kan..

Nak dijadikan cerita tahun ni, tah mimpi apa family aku dan si dia berpakat nak menjual ayam golek.

Asalnya, makcik aku yang duk di Behor Mali yang mula menjual di tepi jalan Kangar-Alor Star itu. So dikira macam cawangan la konon2nya.. finally, pada 2 Ramadhan lalu maka bermulalah bisnes depa anak beranak di Jalan Behor Pulai. Aku pakai singgah sat saja selepas tamat waktu bekerja.

Pada 2 Ramadhan tu tak ramai orang tahu lagi.. yela mula2 kan.. so, 15 ekor ayam yang dijual hanya laku 11 ekor.. yang lain sedekah kepada kawan2 terdekat habuan merasa kan..

Hari kedua, 10 ayam digolekkan dan dijual dan Alhamdulillah habis kesemuanya. Begitu juga hari ketiga dengan 12 ekor diikuti hari keempat yang semakin meningkat dengan 15 ekor ayam habis terjual. Alhamdullillah...  ohya, ayam ni dijual RM20 seekor dan RM10 sebelah.. Yummy.. (adeshh tetiba teringin di tengah2 rembang ni) :p


so sapa2 dok area kangaq ni, singgah2 la mai gerai family cek na.. betoi2 depan taman desa pulai yang rumah moden ala inggeris 3 tingkat. Tak jauh dari Anjung Keli..........................................................

Wednesday 25 June 2014

23 JUN

HAPPY BIRTHDAY TO ME.. :)

23 Jun lepas aku sudah genap 27 tahun... perghh masih terasa macam baru nak amek SPM dan berusia 17 tahun.. :P

Kalau dulu kurus susah badan nak naik, sekarang aku bahagia dengan metabolisme yang rendah.. err... berisi sikit... tapi tak apa la, masih disayangi dan dicintai.. hahahaha..

Beberapa hari sebelum hari besday, aku cakap kat si dia yang aku nak hadiah tahun ni. Siap merungut sebelum-sebelum ni tak penah dia bagi adiah.. (tapi aku sekadar melawak, tidak kisah pun kalau tak dapat). Sebab dia bukan lelaki romantik n jiwangs2.. so aku terima dia seadanya...

Tapi tengahari yang panas terik pada 23 jun, semasa aku nak pakai duit  tapi malas nak p draw, dia cakap dia bagi aku dulu duit.. so dia beriya nak hantar tengahhari tu jugak even aku cakap nanti lepas rehat.. so aku turun la tanpa mengesyaki apa2...

Aku tengok dia bersongkok kemudiannya turun dari keretanya dan membuka pintu sebelah penumpang. Aku terkejut sebab aku ternampak bunga. Dalam hati tertanya-tanya, nak bagi aku ke?? sebab masih  tak percaya, dia nehhh reti ka bagi-bagi bunga bagai?

Tapi dia masa tu macam kecemas.. dia bagi bunga kat aku then selongkar kereta dia. Aku berdiri tengah2 panas memerhati kelakuan dia dengan penuh tanda tanya.. "Orang cari cincin". er... aku pun terbayang cincin silver yg mungkin beli saja2 di shopping kompleks tu.. hurmmm ok lepas tu aku masuk kereta aku dan dia datang bagi bekas baldu berisi cincin emas... er... aku dengan malu2 kucing pun amek dan sarungkan kat jari.. "macam kenai ja rupa cincin ni," aku berkata dalam hati... lepas tu tergelak bila tengok dia berpeluh-peluh sebab cari cincin tu jatuh dalam kereta..

Dia cakap "ni bagi cincin ni dulu, nanti orang tua menyusul"... ermmm boleh camtu melamar? btw, aku tersenyum jugak la sorang2 dalam kereta dari jam 12 sampai jam 1 ptg..

oke, cincin tu aku dah pi tengok dan try dua hari sebelum tu dengan kawan aku di sebuah kedai emas di Arau..sebab kawan aku ajak pi tengok cincin.. katanya dia nak beli.. aku ni tanpa syak apa2, aku cakap kenan yang tu... pastu dia decide dia nak beli yang tu tapi esok dia akan datang sendiri beli sebab x bawak duit..rupa2nya itu plan depa utk bg aku try yang mana cincin aku berkenan... tapi sampai hari ini aku masih tak percaya dia sanggup buat semua tu untuk aku.. ok, jgn disangka air yang tenang x ada buaya.. :)

3 kuntum ros tanda I LOVE YOU katanya.. :p :p

p/s: sorry sebab aku tulis mcm aku bercakap.. sebenarnya aku taip kalot2..hehe

Tuesday 7 January 2014

BERCUTi



Aku tak tau kategori apa percutian aku ni.. Percutian last minute dan tiada perancangan..hihi..
Tambah-tambah cuti sekolah, memang tak la nak pergi tempat yang menarik tertarik da bom kan..
Mulanya teringin nak ke Pulau Langkawi lagi tapi disebabkan faktor cuti sekolah mungkin ramai manusia, maka aku bercadang ke Pulau Pinang.

So aku pi la Pulau Pinang. Padahal bukan tau jalan pun dalam Pulau Mutiara tu.. So berpandukan GPS handphone cabuk aku, maka sampai la jugak ke destinasi-destinasi tumpuan pelancong termasuk Batu Feringhi.. Yang best kat sini dapat tengok air laut yang membiru.. Cantik... Konon-konon bercadang nak mandi, tapi last-last kami decide pi mandi kt Bukit Merah Laketown Resort ja..

Jam 3 petang baru tiba di sana.. Plan tu masa on the way pulang Perlis, malam tu nak singgah la Pesta Pulau Pinang... So, aku pun mandi manda la kira-kira sejam sengah.. Silap jugak sebab pi lewat.. Ohya, lupa pulak.. sebelum ke Bukit Merah, aku sempat singgah di Nasi Kandar Line Clear.. Pun aku cari pakai GPS hp..mula cari macam tak konfiden ja boleh jumpa.. tengah2 dok melilau cari tak sedaq yang kami berhenti betul2 sebelah restoran tu..

Ramai betul org msa tu tengah beratur.. aku ambik ketam, sayur n kuah banjir manakala dia ambik udang, ayam dan sayur... selepas beratur, ada pekerja-pekerja membantu carikan tempat duduk sebab orang ramai sangat... so kami menumpang di meja yang ada kekosongan kerusi saja.. agak kurang selesa dengan cuaca yang panas.. namun disebabkan nasi kandar sedap. maka lupakan saja hal sekeliling.. huhu..tau tak semua tu berapa hinggit?? ok, semua sekali RM61.. tu baru dua org.. hahahahaha... nasib baik makanannya sedap dan lauknya dari bahan mentah yang segar.. :)

So dalam perjalanan nak balik, kami decide utk tak ke pesta sungai nibong tu.. malas nak bersesak bagai. so, kami masuk semula ke pulau pinang, berapa kali naik jambatan daa.. terus ke Padang Kota.. Masa tu lapaq sangat selepas puas bermain air di Bukit Merah.. so aku amek pasembor campur, sotong kangkung dan sotong bakaq.. fuhh.. sedap.. memang aku ni obses dengan makanan so apa lagi memang habih meta la..hehe..



Btw, walaupun bercuti yang ntah apa-apa, aku enjoy sangat.. thanks pada dia yang sampai letih jd driver untuk aku.. :)

Monday 6 January 2014

HikMah



Aku tidak kisahkan apa-apa..

Setiap apa yang berlaku ada hikmah tersembunyi.. ada sebab-sebabnya tertentu..

Sebelum terjadinya suatu penyesalan lebih baik sesuatu itu berlaku untuk mengingatkan kita..

Thanks sahabat..