Tuesday 7 January 2014

BERCUTi



Aku tak tau kategori apa percutian aku ni.. Percutian last minute dan tiada perancangan..hihi..
Tambah-tambah cuti sekolah, memang tak la nak pergi tempat yang menarik tertarik da bom kan..
Mulanya teringin nak ke Pulau Langkawi lagi tapi disebabkan faktor cuti sekolah mungkin ramai manusia, maka aku bercadang ke Pulau Pinang.

So aku pi la Pulau Pinang. Padahal bukan tau jalan pun dalam Pulau Mutiara tu.. So berpandukan GPS handphone cabuk aku, maka sampai la jugak ke destinasi-destinasi tumpuan pelancong termasuk Batu Feringhi.. Yang best kat sini dapat tengok air laut yang membiru.. Cantik... Konon-konon bercadang nak mandi, tapi last-last kami decide pi mandi kt Bukit Merah Laketown Resort ja..

Jam 3 petang baru tiba di sana.. Plan tu masa on the way pulang Perlis, malam tu nak singgah la Pesta Pulau Pinang... So, aku pun mandi manda la kira-kira sejam sengah.. Silap jugak sebab pi lewat.. Ohya, lupa pulak.. sebelum ke Bukit Merah, aku sempat singgah di Nasi Kandar Line Clear.. Pun aku cari pakai GPS hp..mula cari macam tak konfiden ja boleh jumpa.. tengah2 dok melilau cari tak sedaq yang kami berhenti betul2 sebelah restoran tu..

Ramai betul org msa tu tengah beratur.. aku ambik ketam, sayur n kuah banjir manakala dia ambik udang, ayam dan sayur... selepas beratur, ada pekerja-pekerja membantu carikan tempat duduk sebab orang ramai sangat... so kami menumpang di meja yang ada kekosongan kerusi saja.. agak kurang selesa dengan cuaca yang panas.. namun disebabkan nasi kandar sedap. maka lupakan saja hal sekeliling.. huhu..tau tak semua tu berapa hinggit?? ok, semua sekali RM61.. tu baru dua org.. hahahahaha... nasib baik makanannya sedap dan lauknya dari bahan mentah yang segar.. :)

So dalam perjalanan nak balik, kami decide utk tak ke pesta sungai nibong tu.. malas nak bersesak bagai. so, kami masuk semula ke pulau pinang, berapa kali naik jambatan daa.. terus ke Padang Kota.. Masa tu lapaq sangat selepas puas bermain air di Bukit Merah.. so aku amek pasembor campur, sotong kangkung dan sotong bakaq.. fuhh.. sedap.. memang aku ni obses dengan makanan so apa lagi memang habih meta la..hehe..



Btw, walaupun bercuti yang ntah apa-apa, aku enjoy sangat.. thanks pada dia yang sampai letih jd driver untuk aku.. :)

Monday 6 January 2014

HikMah



Aku tidak kisahkan apa-apa..

Setiap apa yang berlaku ada hikmah tersembunyi.. ada sebab-sebabnya tertentu..

Sebelum terjadinya suatu penyesalan lebih baik sesuatu itu berlaku untuk mengingatkan kita..

Thanks sahabat..