Friday 18 July 2014

masih di opis

Selamat Petang..


Hai hai hai...

Aku masih di opis di saat orang lain sejak 4.45 dah chow balik.. uwaaaa...

Bigboss still ada discussion.. so just wait....and wait..

Aku?? Dok nganga depan pc.. alahai...dok cadang2 nak memasak..nampak gaya esok la jawabnya.. adeshh..

Baru dok feel nak masak apa2.. adeii asyik berbuka posa kat luar tak best :(

Tapi kalau x berbuka di luar nak buat camana dah memang tugasss kan uolss pun...

erm... :(

Thursday 3 July 2014

Ayam Golek Ramadan



Salam Jumaat dan Salam Ramadhan..

Err..bila sebut Ramadan ja mesti terbayang bazar Ramadan dan Teraweh kan kan kan..

Nak dijadikan cerita tahun ni, tah mimpi apa family aku dan si dia berpakat nak menjual ayam golek.

Asalnya, makcik aku yang duk di Behor Mali yang mula menjual di tepi jalan Kangar-Alor Star itu. So dikira macam cawangan la konon2nya.. finally, pada 2 Ramadhan lalu maka bermulalah bisnes depa anak beranak di Jalan Behor Pulai. Aku pakai singgah sat saja selepas tamat waktu bekerja.

Pada 2 Ramadhan tu tak ramai orang tahu lagi.. yela mula2 kan.. so, 15 ekor ayam yang dijual hanya laku 11 ekor.. yang lain sedekah kepada kawan2 terdekat habuan merasa kan..

Hari kedua, 10 ayam digolekkan dan dijual dan Alhamdulillah habis kesemuanya. Begitu juga hari ketiga dengan 12 ekor diikuti hari keempat yang semakin meningkat dengan 15 ekor ayam habis terjual. Alhamdullillah...  ohya, ayam ni dijual RM20 seekor dan RM10 sebelah.. Yummy.. (adeshh tetiba teringin di tengah2 rembang ni) :p


so sapa2 dok area kangaq ni, singgah2 la mai gerai family cek na.. betoi2 depan taman desa pulai yang rumah moden ala inggeris 3 tingkat. Tak jauh dari Anjung Keli..........................................................