Sunday 30 September 2012

can i sleep?

salam..

selamat petang ahad yang comei..:)

harini Alhamdulillah cuaca baik..tidak hujan (tatau la ptg2 japgi)...

tidak hujan dan mengantuk di opis..aikss..keja ke?

yolaa keja...selepas siapkan story maka mata pun layu dan layu dan layu dan layu...:)

zZZzzz



Monday 24 September 2012

Monday is Isnin

salam...


Hari ini kerja saya di UniMAP Wang Ulu, interbiu students yg buat bisnes dlm kolej kediaman depa...

Menariknya depa cari modai sendiri sampai ada bergadai2 emas semata2 nk mula bisnes depa.. sebab saya x pernah pulak terbabit dalam program sebegini semasa di universiti dulu walaupun ada..

Maka, hari ini saya cuma menyiapkan supplement utk konvo unimap itu dan menghantarnya kepada boss..
Selepas disemak dihantar ke pegawai unit media unimap, kak su utk recheck apa-apa yang x kleaaa...

Story lain xdak..;( maka esok saya bercadang untuk menjejaki orang2 susah sekitar perlis bagi program Metro Prihatin.. Apabila menemui orang-orang yang tidak bernasib baik ini, menyelami perasaan mereka, saya cuba menyelami perasaan mereka yang terpaksa hidup dlam kesusahan sekaligus menimbulkan rasa syukur saya kerna saya masih berpeluang hidup sedikit mewah berbanding mereka...

hihi..kecik ja..



Dan yang lebih penting, bukan saya seorang saja yang pernah melalui keperitan hidup sebaliknya ada lagi insan lain yang lebih teruk lagi melalui dugaan hidup dan mereka masih mampu tersenyum. Oleh itu, kalau mereka tabah melaluiya, mana mungkin saya tidak boleh kan?

Semalam, Ahad saya bekerja, saya menemui seorang wanita yang disahkan menghidap kanser payudara peringkat awal..dan semasa saya menemubualnya, saya dapat gambarkan bagaimana rasa peritnya hidup dia menghadapi penyakit yang sangat ditakuti kaum wanita itu.. Alhamdullillah, dia kembali sihat selepas kanser itu berjaya dibuang... yang lebih istimewa, seluruh keluarganya termasuk keluarga mentuanya memberi sokongan dan semaangat utknya melawan penyakit itu sehingga dia berjaya sihat... dan katanya, dia menganggap penyakit itu suatu ujian dan mempunyai hikmah utk dirinya dan keluarga...

Dan, apa yang saya boleh katakan, kalau kita menghadapi saat-saat getir dalam hidup kita, sebenarnya hanya keluarga yang mampu memberi semangat kepada kita selain teman-teman rapat kita... dan betapa perlunya institusi keluarga yang utuh bagi memberi kesan yang lebih positif kepada orang yang melaluinya...

Saya hanya mampu merenungi dan memuhasabahkan diri daripada pengalaman guru bahasa Inggeris itu... dan mula berfikir sesuatu........... KELUARGA...



5.20 pm already..

miss him every second..;)

babai...






Friday 21 September 2012

Jumaat

Assalammualaikum..
salam jumaat..


hukhukk..hari ini x tau story apa nak buat..maklumlah Perlis ni kecik ja aman damai, jarang nak ada kes yang hot2...kira terpuji jugakla warga Perlis ni yek? :p

Namun demikian, tah apa yang silapnya,saya sakit urat sejak seminggu dua ni...adehhh belum tua dh sakit urat..ini bukan sakit urat org2 tua larhh..ni silap sendiri, main bowling x stretching dah la bertahun dah x main...amek bola num 9 n num 10 plak x sepadan dengan diri sendiri..ha apa lagi dok menderita larh dua tiga hari ini sebab nak bersin ja menyentap urat sampai nak tunduk pun susah...adehh... xpala ujian Allah... org kata sakit tu penghapus dosa2 kecik kan...

So apa lagi saya pegi la klinik 1 Malaysia, kena la caj RM1..ritu punya la cover story klinik 1M ni tp x pernah lagi try perkhidmatan dia....okey la, kakak misi pun mesra alam...pegawai perubatan pun peramah.. then dapat la ubat 3 jenis..hihihi...

klinik 1 M seriab,perlis


Nak dijadikan cerita semalam (kelmarin) beg tangan yang saya usung ke hulu ke hilir putus talinya..(hahaha mau dak, selagi tidak rosak, selagi tu lah dok guna) apatah lagi beg tangan berjenama cap ayam ja pun tp buleh la asal bole letak henpon, wallet n buku catatan... so gaji baru ja masuk berkira-kira la nak beli beg tangan baru (well...pempuan kata kan)....mintak nak beli yang branded tapi cik abg x bagi,dia cakap berjimat nak kawen (ni saya tokok tambah..:D)..hahaha x la,berjimat la habuan beli benda lain jugak katanya... beli ja handbag x branded pun xpa asal berkualiti sikit dan bleh simpan segala barang peribadi saya... hurmm....tengok la dulu....;)

sekadar hiasan



okey lah,jam sudah menunjukkan angka 5 pm..time untuk balik rumah dan berfoya-foya... see ya!






Thursday 20 September 2012

Life is Beautiful ;)

assalammualaikum.....w.b.t

Selamat datang ke blog saya yang daif ni...maklumlah, tidak cantek tidak moden seperti blog orang lain..
namun tuntutan kerja saya mengehadkan saya untuk meluangkan masa berblog...walaupun tidak busy mana sangat pun tapi ke hulu ke hilir buat kerja ni memang meletihkan apabila tiba malamnya..
 
   Bagaimanapun saya bersyukur kerana setelah menempuhi dugaan hidup yang memeritkan, Allah beri kelapangan buat saya untuk kembali tersenyum, kembali bergembira, dan kembali berasa bahagia.. dan rezeki juga makin murah... Alhamdullillah...kerana kehidupan saya sedikit selesa berbanding dahulu, maka x sia-sia juga saya study bidang komunikasi dulu sebab bekerja dalam bidang yang sama sekarang.... credit to our frenz from NSTP Group and also my boss sebab banyak bagi tunjuk ajar..:) dan tak lupa bf kesayangan saya yang provide pengangkutan sementara saya nak ada transport sendiri..lov uolss..