Wednesday 25 June 2014

23 JUN

HAPPY BIRTHDAY TO ME.. :)

23 Jun lepas aku sudah genap 27 tahun... perghh masih terasa macam baru nak amek SPM dan berusia 17 tahun.. :P

Kalau dulu kurus susah badan nak naik, sekarang aku bahagia dengan metabolisme yang rendah.. err... berisi sikit... tapi tak apa la, masih disayangi dan dicintai.. hahahaha..

Beberapa hari sebelum hari besday, aku cakap kat si dia yang aku nak hadiah tahun ni. Siap merungut sebelum-sebelum ni tak penah dia bagi adiah.. (tapi aku sekadar melawak, tidak kisah pun kalau tak dapat). Sebab dia bukan lelaki romantik n jiwangs2.. so aku terima dia seadanya...

Tapi tengahari yang panas terik pada 23 jun, semasa aku nak pakai duit  tapi malas nak p draw, dia cakap dia bagi aku dulu duit.. so dia beriya nak hantar tengahhari tu jugak even aku cakap nanti lepas rehat.. so aku turun la tanpa mengesyaki apa2...

Aku tengok dia bersongkok kemudiannya turun dari keretanya dan membuka pintu sebelah penumpang. Aku terkejut sebab aku ternampak bunga. Dalam hati tertanya-tanya, nak bagi aku ke?? sebab masih  tak percaya, dia nehhh reti ka bagi-bagi bunga bagai?

Tapi dia masa tu macam kecemas.. dia bagi bunga kat aku then selongkar kereta dia. Aku berdiri tengah2 panas memerhati kelakuan dia dengan penuh tanda tanya.. "Orang cari cincin". er... aku pun terbayang cincin silver yg mungkin beli saja2 di shopping kompleks tu.. hurmmm ok lepas tu aku masuk kereta aku dan dia datang bagi bekas baldu berisi cincin emas... er... aku dengan malu2 kucing pun amek dan sarungkan kat jari.. "macam kenai ja rupa cincin ni," aku berkata dalam hati... lepas tu tergelak bila tengok dia berpeluh-peluh sebab cari cincin tu jatuh dalam kereta..

Dia cakap "ni bagi cincin ni dulu, nanti orang tua menyusul"... ermmm boleh camtu melamar? btw, aku tersenyum jugak la sorang2 dalam kereta dari jam 12 sampai jam 1 ptg..

oke, cincin tu aku dah pi tengok dan try dua hari sebelum tu dengan kawan aku di sebuah kedai emas di Arau..sebab kawan aku ajak pi tengok cincin.. katanya dia nak beli.. aku ni tanpa syak apa2, aku cakap kenan yang tu... pastu dia decide dia nak beli yang tu tapi esok dia akan datang sendiri beli sebab x bawak duit..rupa2nya itu plan depa utk bg aku try yang mana cincin aku berkenan... tapi sampai hari ini aku masih tak percaya dia sanggup buat semua tu untuk aku.. ok, jgn disangka air yang tenang x ada buaya.. :)

3 kuntum ros tanda I LOVE YOU katanya.. :p :p

p/s: sorry sebab aku tulis mcm aku bercakap.. sebenarnya aku taip kalot2..hehe

No comments:

Post a Comment