Wednesday 20 May 2015

Hai saya dah kahwin!

Errr..

Lama tak hapdate.. bersawang dah..

Alhamdulillah..last entry mengenai hari bersejarah apabila menjadi tunangan orang.

Dan entry saat ini, dah enam bulan sah menjadi isteri kepada si dia.. Sedang menanti orang baru dalam hidup kami berdua..juga dah nak masuk enam bulan usia kandungan. Alhamdulillah..

Okay, aku cerita saat-saat kami diijabkabulkan  pada 29 November 2014..  Di Masjid Al-Firdaus, Kg Padang Besar (S). Mas kahwin, RM1200.00 dan sebentuk cincin. Aku tak tau pula sebelum ni kena mention pulak nilai cincin tuh kat tok kadi..dan perlu dicatatkan dalam surat nikah..





Akad nikah terus sambung majlis kenduri di rumah aku. memang tak tukar la bajunya.. pakai sepasang ja hari ini. Baju tu aku tempah dan sewa di Jitra. hehehe..dekat la sangat kan..



Cantik tak kitewww?? :p

Syukur ditemukan dengan dia yang bukan sahaja jadi suami tetapi jugak kawan baik berkongsi suka duka, driver serta bodyguard yang selalu di sisi..hehehe.. Hobi kami dua sama.. Suka berjalan. banyak duit habis sebab berjalan. Cuma lepas kahwin rancang nak honeymoon ke Bali. Cancel sebab disahkan mengandung pada awal Januari.. so bila kandungan kuat sikit, dalam 5 bulan camtu, suami bawak jalan-jalan di Langkawi dan Krabi. so dah tak jadi honeymoon, jadi babymoon... tq suami.. memahami dan layan karenah aku dengan sabar.. Mujur la mengandung ni tak ada alahan. cuma migrain ja kerap..kalau tak, memang pening la beliau nak jaga. Alhamdullillah Allah permudahkan segalanya.

Okeh, pada 30 November 2014, majlis di sebelah pihak suami. erm.. hari ini aku pilih warna royal blue+songket moden. Awal-awal suami kata macam tak kena ja dengan dia sebab warna biru terang  tak sesuai dengan kulit dia. Tapi lepas pakai dia kata ok pulak.


sesi outdoor di tengah pekan Kangar... hahaha ni idea aku la ni..nasib baik laki pun jenis selamber layan. ye la, semua mata memerhati.. malu kot.. dengan baju pengantin tengah2 pekan.. hahaha..
By the way, ni kenangan paling tak boleh lupa.. tq Faizal, fotografer UniMAP aka kawan baik aku since kerja media lagi..

No comments:

Post a Comment