Sunday 15 December 2013

NO EXPLANATION

salam..

minggu ni aku rasa minggu yang aku stress sekali... macam2 aku kena fikir malah yang tak dak kaitan dgn aku, memang aku malas nak fikir masuk sekali, nanti biul kepala hotak aku...so, jgn nak buat jiwa sangat la dgn aku, sbb aku bukan jenis nak mengada-ngada prihatin sangat pasal orang lain sedangkan masalah aku sendiri menyakitkan kepala...

sebenarnya dalam hidup ni, tidak perlu explanation pun.. kalau di explain berpuluh kali pun , orang bukan jns faham bahasa, so lebih baik blah buat tak reti.. sakit hati kan? hati aku ni lagi sakit..sakit hati sebab ada orang yang jenis tak memahami dan buat-buat tak faham.. so, penyelesaiannya., biar aku blah... aku malas nak panjang-panjang cerita, malas nak sakit-sakit kepala, malas nak jiwa-jiwa bagai... dan sememamngnya aku tidak suka memikirkan perkara yang tidak sepatutnya aku fikir.,.biar la org nak kata aku kejam bagaimanapun, tapi org yang x tau respek aku, xtau nak memahami aku adalah lebih kejam sebenarnya...

Dan aku paling benci ayat, "sebelum ni boleh kenapa sekarang tak boleh".. haa, aku dah explain, tapi dh tak paham2 gak so, jgn dok tanya banyak2 kali.. tak perlu nak update fb, blog bagai ka apa semata-mata nak tarik aku tengok dan baca, sebab aku tak akan pandang langsung..buat la perilaku yang matang,dan kalau nak dikatakan tindakan aku ini sebagai tidak matang, sebenarnya aku dah habis bosan, fed-up, sehingga aku buat tindakan begini... ha biar ja macam ni.. lepas ni tutup buku tak payah nak fikir-fikir lagi... kalau matang, dah tentu bab kerja pun tak dibabitkan sama, konon cari ketenangan..plzz la... nak menyusahkan diri sendiri hanya masalah dgn orang lain... ahh pedulik apa aku...

ya hidup ni tidak perlu diexplain kan apa-apa.. explain tu hanya buang masa... percayalah, berterus terang bagaimanapun tidak akan orang faham pun...orang tak amek pusing dan tak mau pegang pun. so, lebih baik begini... TENKIU..

Wednesday 11 December 2013

love what u do

urmm...

sikap dan perangai aku memang sukar dijangka.. Aku pun pelik apa ke heyy la dgn aku ni..
Bak kata ainan tasneem dalam lagu 150 jutanya tu. Aku rimas mengada-ngada.. Baran tidak semena (tah betul tah ejaannya...sorry Ainan mau aku silap noh!)

Tapi aku perasan walaupun aku cengei dan kadang kala tidak boleh dibawak berunding, tapi hati aku sebenarnya baik (kihkihkihkih).. bukan sahaja baik, malah ceria memanjang.. hurmm tapi org kata org yg banyak gelak ni, sebenarnya menangis dalam diam.. Hampeh! x kena langsung..sebab aku susah nak menangis..walaupun dalam diam.. benar, kejadian masa silam buat aku tidak berminat untuk menangis-nangis. (aku x igt bila last aku nangis).. tapi kalau ada pun aku tidak la menangis sampai bengkak-bengkak mata, besar kemungkinan ada sesuatu yang membuat hati aku tersentuh sehingga mengalir air mata... btw, aku bukan cengeng cam dolu dolu.. dolu-dolu ku menderita sekarang aku bahagiaaaaaaaa.....

Satu lagi yg aku perasan bahawa aku ni seorang yang tidak suka diambil berat. Aku rimas sekali kalau sesiapa mengambil berat pada aku seolah-olah aku masih anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Aku tidak suka diperlakukan sedemikian rupa. Kalau mana-mana perempuan inginkan perhatian sebegitu, tapi aku tidak.. Entah sejak bila aku begini.. Tapi yang pasti, aku jadi semak apabila seseorang 'caring' sangat dengan aku.. Sorry!

Mungkin juga sejak hati aku dipaut dia, aku jadi begini. Dia memang ajar aku berdikari, malah setiap perkara aku tidak sangat harapkan dia. Aku lebih suka lakukan sendiri. Mungkin juga sebab terkesan dengan penghinaan orang pada masa lalu, aku lebih senang tidak bergantung kepada lelaki. Apa pun kemahuan aku, aku cari dan lakukan sendiri. Aku sedikit berhati kering walaupun aku kadang-kadang less confident orangnya.. Itu satu-satunya yang aku xleh elak, dan itu kelemahan aku. Walhal dulu aku rasanya tidak la less confident seteruk ini.. Mungkin kerana usia aku yg semakin meningkat dan mungkin.... Ah! Ada apa dengan mungkin..

Tapi sikap berdikari aku ni adakala buat aku tidak percaya orang. hihihi.. kalau boleh biar aku lalui dan buat sendiri.. Dua tiga hari ini aku pening memikirkan rumah atau tanah yang boleh aku jadikan aset. Saban tahun harga rumah/tanah makin meningkat. Sakit jiwa aku dengan tanah-tanah dan rumah di negeri aku yang kecik molek ini... semuanya berharga sangat tinggi.. walaupun dia kata tidak perlu kalut-kalut tapi aku tetap runsing memikirkannya. sebabnya, aku penah cakap kat mak, akan sediakan rumah untuknya sebelum aku berkahwin...dan 2014 dikisahkan konon aku mengakhiri zaman single aku,so memang aku nak adakan semua tu sebelum menjejak pelamin. hurmmmm....




Dan dengan usia ini jugak aku jadi malas nak memikirkan hal-hal orang lain. Bukan aku pentingkan diri sendiri tetapi aku tidak berminat. Bukan masanya untuk berseronok atau mengikut kata hati, atau sibuk menjaga hati orang lain sedangkan hati aku tidak sapa kisah, so perlu ke aku kisah pasal hati dan perasaan orang lain? Cukup-cukuplah dia yang ada, yang berada di sisi aku di hati aku, dan keluarga aku yang menjadi penguat semangat aku. Aku rimas dan semak untuk memikirkan orang lain.. 26 tahun aku hidup terasa banyak yang sia-sia, jadi aku nak memilih lagi hal-hal yang sepatutnya tidak perlu aku pening-pening kepala nak fikir.? So do respect me atas prinsip yg aku pegang..

Sekian. Aku nak kemas-kemas nak balik.. 5.10 ja aku nak cabut! babai~~


Tuesday 10 December 2013

Goodbye 2013 Welcome 2014

Assalamualaikum w.b.t

Hehuu... Minggu-minggu terakhir 2013 ni terasa bosan bebenorrr... kejap betul masa berlalu..
2014 bakal menjengah... dan aku bakal mencecah umur 27! uishhh..tua dah ka tu ha? Bermakna tiga tahun lagi usia aku akan mencecah 30 tahun.. OPssss...

Namun kehidupan yang aku lalui, happy dan membahagiakan. cuma sesekali dugaan datang menduga namun Alhamdullillah, aku masih tabah menghadapi.. sedar tak sedar jugak sudah hampir dua tahun hati ini terikat pada dirinya..tetapi trauma dan fobia kadang2 tetap bertandang.. Ya Allah, berikanlah kekuatan menghadapi hari-hari mendatang..

Urmmm..tetiba aku rasa tak dak mood.. Lainkali aku membebel lagi... tata~