Thursday 28 March 2013

HIDUP PERLUKAN PENGORBANAN

Salam Jumaat..

Berpandukan tagline hidup perlukan pengorbanan ini saya mula berfikir sesuatu...memang hidup ini perlu banyak lakukan pengorbanan..,. seawal usia mencecah 26 tahun Jun ini (awal kerrr..? ;p) saya lalui keperitan hidup yang pelbagai dan bukan sedikit... Namun, berpegang kepada kata-kata motivasi, sebanyak mana penderitaan kita, pasti ada lagi banyak yang orang lain terpaksa tempuhi lagi daripada kita... Dan saya belajar bersyukur dan meredhai setiap keperitan yang saya lalui ini sebagai ujian Allah kerana Dia sayangkan hambaNya....

 Hari ini di opis, saya sedang membengongkan diri di depan komputer....menarikan jari di atas keyboard mencatatkan suatu artikel yang jarang sekali saya tulis...tulisan berbaur politik serta suara-suara rakyat yang mahukan kesejahteraan ini dikekalkan bimbang dicemari orang lain yang tiada bakat memimpin... Walaupun gusar, dengan harapan mereka yang mahukan suara mereka itu tersiar di dada akhbar...saya cuba lakukan yang terbaik...

 Namun, yang lebih membengongkan saya adalah saya kini belajar berdikari..melakukan rutin mencari setiap sumber berita dengan cara dan kelebihan saya sendiri... Saya mulanya merungut, namun kemudian saya memuhasabahkan diri menganggap ini sebagai dugaan selain sebagai satu hikmah bahawa setiap yang berlaku pasti ada sesuatu yang tersembunyi di sebaliknya... dan saya percaya rezeki itu Allah yang tentukan, dan  bukan manusia lain....:)


Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya saya ada daya usaha saya sendiri selain mendapat sokongan kawan-kawan yang banyak membantu menyampaikan maklumat agar saya dapat terus berbakti di medan NSTP ini di bawah Harian Metro dan Berita Harian. Syukur Alhamdullillah...


Maka, dengan ini saya menganggap ini adalah pengorbanan saya bagi menghadapi kehidupan yang belum tahu tahap bagaimana cabarannya di depan kelak...

HIDUP PERLUKAN PENGORBANAN...

A&F.. <3

Saturday 9 March 2013

SAYA DAN DIA

salam...

Lama eh x update blog ni....nak kata busy sangat tu idak..tapi malas dan x bersemangat pulak sejak dua menjak ini... 

Hmm..saya tidak tahu apa yg nak dikongsikan sgt di sini jadi saya nak share sket tentang yang tersayang saya dengan kajian ciri-ciri anak kedua yang ada sipi-sipi sama karakternya dengan si dia yang saya sayang..:)

Dia anak kedua daripada tiga adik beradik.. mengenalinya sebagai kawan selama 5 tahun ini, membuatkan saya sudah terlebih paham...sampai adakala x bleh paham..tetapi kalau berkawan lama, lama2 lali jugak... walaupun hadirnya sebagai pengisi hati saya sejak setahun lalu, namun kerana persahabatan terjalin lama itu, percintaan kami tidak dilalui dengan kata-kata indah yang romantis...tetapi hanya lawak bengong yang menjadi penyeri... hal ini menyebabkan saya tidak rasa terlalu asyik menganyam cinta (cewahhh...ayat novel) hahaha..

Btw, berbalik kepada topik asal,mari kita kaji karakter beliau ini dengan kajian pakar motivasi..

ANAK MANJA EMAK ♥
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu..
 * kalau beliau, dia ni bukan anak emak sangat cuma rahsia-rahsia atau luahan dia akan kongsikan dengan emaknya..termasuk perihal diri saya yang adakala cemerkap pun dia cerita pada maknya..selain itu, selalu habiskan masa di rumah dengan emaknya jika kelapangan...hihihi


ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia
kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
jawabnya, boleh dipujuk tapi
selalunya tak berapa jalan.

*masa kecik dari apa beliau ceta memang orangnya ketegaq dulu ni, tapi dah makin tua ni, dah pandai2 pikir n matang...hihihi

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak
pandai pujuk makwe or pakwe dia...

*ermmm..beliau tidak pernah memujuk..kalau bergaduh, kami hanya hubungi antara satu sama lain mcm biasa selepas rasa kedua-dua kami sejuk dah....seperti tiada apa berlaku,..

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

*takat saya kenai beliau sebagai kawan termasuk kisah cintanya yang lepas, memang beliau kalau dah syg, setia sungguh2, tapi bab bercinta dengan saya,setakat ini tiada perkara yang mencurigakan,jika ada pun yang remeh-temeh  dan kalau ada yang lebih-lebih akan makan penampaq saya dulu...huahua..bab berkorban, banyak jugak perngorbanan beliau kepada saya..tq sayang..

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

*yang ni ada sikit2....kalau kena cara beliau boleh dipujuk dan bertoleransi (itupun kalau saya merajuk).. ikut keadaan, kalau sesuatu beliau kata tidak maka tidakkklah ia...kalau ya, mmg yaaa..

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje
keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

*hehehe..muka ganas tapi hati lembut n luving...suka manjakan kucing, habiskan masa dengan kucing kesayangan beliau..luaran mmg nampak keras, tapi sebenarnya seorang yang mudah dibawa berbincang (tapi tdak dgn saya..wuuuu....)

BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

*yess..sgt berdikari...dan biasa saja sikap caringnya...

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

*hahahaha..memang pun...

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun
pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

*yes betul yang ni...tapi bab caring kalau dah benda teruk2 ja..kalau simple2,x payah nak caring sgt la beliau tu....

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.

*yang ni memang...selalu wangi n up to date..ada yang terbaru ja sbuk tanya pendapat..hmmm..

Itu saja antara sikap beliau yang kdg2 bengong tapi kelakar...pernah juga sekali sekala beliau bermadah jiwang dengan saya, namun berakhir dengan gelak sebab mcm hipokrit pulak begitu.. sdgkan kami tidak pernah berjiwang dan bersikap romntis...hanya diserikan dengan lawak jenaka yang sudah ckup menggembirkankan hati...Jadi saya menerima beliau seadanya...sebagai kawan baik dan juga kekasih hati....

Love u...