urmm...
sikap dan perangai aku memang sukar dijangka.. Aku pun pelik apa ke heyy la dgn aku ni..
Bak kata ainan tasneem dalam lagu 150 jutanya tu. Aku rimas mengada-ngada.. Baran tidak semena (tah betul tah ejaannya...sorry Ainan mau aku silap noh!)
Tapi aku perasan walaupun aku cengei dan kadang kala tidak boleh dibawak berunding, tapi hati aku sebenarnya baik (kihkihkihkih).. bukan sahaja baik, malah ceria memanjang.. hurmm tapi org kata org yg banyak gelak ni, sebenarnya menangis dalam diam.. Hampeh! x kena langsung..sebab aku susah nak menangis..walaupun dalam diam.. benar, kejadian masa silam buat aku tidak berminat untuk menangis-nangis. (aku x igt bila last aku nangis).. tapi kalau ada pun aku tidak la menangis sampai bengkak-bengkak mata, besar kemungkinan ada sesuatu yang membuat hati aku tersentuh sehingga mengalir air mata... btw, aku bukan cengeng cam dolu dolu.. dolu-dolu ku menderita sekarang aku bahagiaaaaaaaa.....
Satu lagi yg aku perasan bahawa aku ni seorang yang tidak suka diambil berat. Aku rimas sekali kalau sesiapa mengambil berat pada aku seolah-olah aku masih anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. Aku tidak suka diperlakukan sedemikian rupa. Kalau mana-mana perempuan inginkan perhatian sebegitu, tapi aku tidak.. Entah sejak bila aku begini.. Tapi yang pasti, aku jadi semak apabila seseorang 'caring' sangat dengan aku.. Sorry!
Mungkin juga sejak hati aku dipaut dia, aku jadi begini. Dia memang ajar aku berdikari, malah setiap perkara aku tidak sangat harapkan dia. Aku lebih suka lakukan sendiri. Mungkin juga sebab terkesan dengan penghinaan orang pada masa lalu, aku lebih senang tidak bergantung kepada lelaki. Apa pun kemahuan aku, aku cari dan lakukan sendiri. Aku sedikit berhati kering walaupun aku kadang-kadang less confident orangnya.. Itu satu-satunya yang aku xleh elak, dan itu kelemahan aku. Walhal dulu aku rasanya tidak la less confident seteruk ini.. Mungkin kerana usia aku yg semakin meningkat dan mungkin.... Ah! Ada apa dengan mungkin..
Tapi sikap berdikari aku ni adakala buat aku tidak percaya orang. hihihi.. kalau boleh biar aku lalui dan buat sendiri.. Dua tiga hari ini aku pening memikirkan rumah atau tanah yang boleh aku jadikan aset. Saban tahun harga rumah/tanah makin meningkat. Sakit jiwa aku dengan tanah-tanah dan rumah di negeri aku yang kecik molek ini... semuanya berharga sangat tinggi.. walaupun dia kata tidak perlu kalut-kalut tapi aku tetap runsing memikirkannya. sebabnya, aku penah cakap kat mak, akan sediakan rumah untuknya sebelum aku berkahwin...dan 2014 dikisahkan konon aku mengakhiri zaman single aku,so memang aku nak adakan semua tu sebelum menjejak pelamin. hurmmmm....
Dan dengan usia ini jugak aku jadi malas nak memikirkan hal-hal orang lain. Bukan aku pentingkan diri sendiri tetapi aku tidak berminat. Bukan masanya untuk berseronok atau mengikut kata hati, atau sibuk menjaga hati orang lain sedangkan hati aku tidak sapa kisah, so perlu ke aku kisah pasal hati dan perasaan orang lain? Cukup-cukuplah dia yang ada, yang berada di sisi aku di hati aku, dan keluarga aku yang menjadi penguat semangat aku. Aku rimas dan semak untuk memikirkan orang lain.. 26 tahun aku hidup terasa banyak yang sia-sia, jadi aku nak memilih lagi hal-hal yang sepatutnya tidak perlu aku pening-pening kepala nak fikir.? So do respect me atas prinsip yg aku pegang..
Sekian. Aku nak kemas-kemas nak balik.. 5.10 ja aku nak cabut! babai~~
No comments:
Post a Comment