Thursday, 28 March 2013

HIDUP PERLUKAN PENGORBANAN

Salam Jumaat..

Berpandukan tagline hidup perlukan pengorbanan ini saya mula berfikir sesuatu...memang hidup ini perlu banyak lakukan pengorbanan..,. seawal usia mencecah 26 tahun Jun ini (awal kerrr..? ;p) saya lalui keperitan hidup yang pelbagai dan bukan sedikit... Namun, berpegang kepada kata-kata motivasi, sebanyak mana penderitaan kita, pasti ada lagi banyak yang orang lain terpaksa tempuhi lagi daripada kita... Dan saya belajar bersyukur dan meredhai setiap keperitan yang saya lalui ini sebagai ujian Allah kerana Dia sayangkan hambaNya....

 Hari ini di opis, saya sedang membengongkan diri di depan komputer....menarikan jari di atas keyboard mencatatkan suatu artikel yang jarang sekali saya tulis...tulisan berbaur politik serta suara-suara rakyat yang mahukan kesejahteraan ini dikekalkan bimbang dicemari orang lain yang tiada bakat memimpin... Walaupun gusar, dengan harapan mereka yang mahukan suara mereka itu tersiar di dada akhbar...saya cuba lakukan yang terbaik...

 Namun, yang lebih membengongkan saya adalah saya kini belajar berdikari..melakukan rutin mencari setiap sumber berita dengan cara dan kelebihan saya sendiri... Saya mulanya merungut, namun kemudian saya memuhasabahkan diri menganggap ini sebagai dugaan selain sebagai satu hikmah bahawa setiap yang berlaku pasti ada sesuatu yang tersembunyi di sebaliknya... dan saya percaya rezeki itu Allah yang tentukan, dan  bukan manusia lain....:)


Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya saya ada daya usaha saya sendiri selain mendapat sokongan kawan-kawan yang banyak membantu menyampaikan maklumat agar saya dapat terus berbakti di medan NSTP ini di bawah Harian Metro dan Berita Harian. Syukur Alhamdullillah...


Maka, dengan ini saya menganggap ini adalah pengorbanan saya bagi menghadapi kehidupan yang belum tahu tahap bagaimana cabarannya di depan kelak...

HIDUP PERLUKAN PENGORBANAN...

A&F.. <3

No comments:

Post a Comment