Wednesday, 17 October 2012

Tangisan Kehilangan

salam...selamat petang..

Semalam sebelum melelapkan mata dengan tiba-tiba saya rasa sayu..sayu kerna mengenangkan keluarga mangsa kemalangan yang maut...bayangkan orang yg mereka sayangi tiba-tiba pergi tanpa meninggalkan pesan..pedih dan pilu rasa di hati menghadapi hari-hari mendatang tanpa insan tercinta..

Namun takdir Allah melebihi segalanya, kita perlu redha dengan ujian mendatang namun adakala air mata tetap mahu menitis melempiaskan rasa pedih di hati...

Semalam saya menerima panggilan mengatakan kemalangan berlaku di depan SK Guar Nangka. Pada mulanya saya tidak mengenali mangsa yang meninggal.. tetapi selepas diberitahu bahawa mangsa merupakan Pengerusi JKKK, lalu saya teringat ketika emak mendapat kontrak membaiki surau di Kg Kok Klang di hadapan rumah seorang pengerusi JKKK yang baik dan tidak pernah merungut.....dan apabila diamati alamatnya maka sah lah, arwah adalah org yg sama...

Simple saja dia pergi,dipermudahkan...kemalangan membabitkan motosikal dan basikal.. Mangsa difahamkan cuba mengelak seorang murid sekolah sebelum motosikal ditunggangnya hilang kawalan lalu terjatuh... motosikal tidak rosak teruk..sekadar calar balar, manakala dia hanya cedera sedikit di tepi kepala...namun mungkin hentakan kuat, dia meninggal di tmpt kejadian... Sesungguhnya ajal maut di tangan Tuhan...walau sikit pun kemalangan tu tapi kalau dh tiba masanya, Allah akan ambil juga nyawanya..

Tugas saya perlu menemubual keluarga mangsa... adakala kekok, janggal kerna dibimbangi mengganggu mood mereka.. Namun demi tugas, saya perlu juga berdepan..memandangkan saya mendapat tahu agak lewat, saya bercadang menemubual isterinya pda keesokkan hari.. kebetulan anak perempuannya adalah antara kawan-kawan saya juga..

Sekali lagi saya perlu kuatkan semangat..walaupun semasa keluarga mereka bercerita kadang2 air mata bertakung juga di tubir mata saya... saya cuba selami kesedihan yang dialami mereka..saya juga pernah kehilangan dan kesedihan itu perlu dilepaskan bagi meredakan hati...

Pertama kali saya perlu bertanyakan samada sebelum mangsa pergi adakah dia menunjukkan perubahan.. Ataupun hajat terakhir mangsa yang tidak sempat ditunaikan.. Beberapa kali saya menemubual keluarga mangsa2 kemalangan maut sebelum ini namun saya masih boleh tahan air mata drpada jatuh wlupun adakala bertakung juga...

Namun setidak-tidaknya memberi banyak pengajaran kepada saya... Kalau orang lain boleh kuat dan tabah krna kehilangan sedemikian rupa, apatah lagi saya... Jadi, setiap episod hidup yang dilalui sebagai seorang wartawan ini melatih saya agar tabah dan cekal menghadapi hari-hari mendatang..:)

al-Fatihah to Pengerusi JKKK Kampung Baru, Kok Klang..


 

No comments:

Post a Comment