Hari ini kerja saya di UniMAP Wang Ulu, interbiu students yg buat bisnes dlm kolej kediaman depa...
Menariknya depa cari modai sendiri sampai ada bergadai2 emas semata2 nk mula bisnes depa.. sebab saya x pernah pulak terbabit dalam program sebegini semasa di universiti dulu walaupun ada..
Maka, hari ini saya cuma menyiapkan supplement utk konvo unimap itu dan menghantarnya kepada boss..
Selepas disemak dihantar ke pegawai unit media unimap, kak su utk recheck apa-apa yang x kleaaa...
Story lain xdak..;( maka esok saya bercadang untuk menjejaki orang2 susah sekitar perlis bagi program Metro Prihatin.. Apabila menemui orang-orang yang tidak bernasib baik ini, menyelami perasaan mereka, saya cuba menyelami perasaan mereka yang terpaksa hidup dlam kesusahan sekaligus menimbulkan rasa syukur saya kerna saya masih berpeluang hidup sedikit mewah berbanding mereka...
hihi..kecik ja.. |
Dan yang lebih penting, bukan saya seorang saja yang pernah melalui keperitan hidup sebaliknya ada lagi insan lain yang lebih teruk lagi melalui dugaan hidup dan mereka masih mampu tersenyum. Oleh itu, kalau mereka tabah melaluiya, mana mungkin saya tidak boleh kan?
Semalam, Ahad saya bekerja, saya menemui seorang wanita yang disahkan menghidap kanser payudara peringkat awal..dan semasa saya menemubualnya, saya dapat gambarkan bagaimana rasa peritnya hidup dia menghadapi penyakit yang sangat ditakuti kaum wanita itu.. Alhamdullillah, dia kembali sihat selepas kanser itu berjaya dibuang... yang lebih istimewa, seluruh keluarganya termasuk keluarga mentuanya memberi sokongan dan semaangat utknya melawan penyakit itu sehingga dia berjaya sihat... dan katanya, dia menganggap penyakit itu suatu ujian dan mempunyai hikmah utk dirinya dan keluarga...
Dan, apa yang saya boleh katakan, kalau kita menghadapi saat-saat getir dalam hidup kita, sebenarnya hanya keluarga yang mampu memberi semangat kepada kita selain teman-teman rapat kita... dan betapa perlunya institusi keluarga yang utuh bagi memberi kesan yang lebih positif kepada orang yang melaluinya...
Saya hanya mampu merenungi dan memuhasabahkan diri daripada pengalaman guru bahasa Inggeris itu... dan mula berfikir sesuatu........... KELUARGA...
5.20 pm already..
miss him every second..;)
babai...
No comments:
Post a Comment